PADA RUANG INI
Pada ruang terbentang ini
dengan beralas permaidani
lalu kita menginai jari
lambang cinta sejati
dengan lafaz berteguh janji
di ufuk nurani
Pada ruang terhampar ini
dengan semburan haruman kasturi
lalu kita bina teratak wangi
lambang kasih abadi
dengan bicara subur bersemi
tersemat di hati
Ruang semakin semak dan lusuh
irama dan melodi kian angkuh
sebelum bunga-bunga luruh
jangan biarkan mahligai runtuh
kita pacakkan tiang-tiang kukuh
Dengan iringan sejambak doa
mohon restu Yang Maha Esa
Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
6 Disember 2012
dengan lafaz berteguh janji
di ufuk nurani
Pada ruang terhampar ini
dengan semburan haruman kasturi
lalu kita bina teratak wangi
lambang kasih abadi
dengan bicara subur bersemi
tersemat di hati
Ruang semakin semak dan lusuh
irama dan melodi kian angkuh
sebelum bunga-bunga luruh
jangan biarkan mahligai runtuh
kita pacakkan tiang-tiang kukuh
Dengan iringan sejambak doa
mohon restu Yang Maha Esa
Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
6 Disember 2012
No comments:
Post a Comment