Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, December 6, 2012

~~Kopi O dan jemput-jemput bilis~~

~~Kopi O dan jemput-jemput bilis~~

Jemput semua
jamu selera
maaflah hanya jamu mata
sepetang melayan selera
kopi panas lawan jemput-jemput bilis
buat kudapan di petang ini
tetiba teringin hendak makan
hayalan sudah menjadi nyata.

tadi..tempat kerja
dok memikirkan di kepala
menu apa mahu dilaksana
pandang bilis dan juga tepung
timbul idea mahu memasaknya
sebenarnya malas juga
hendak melayan selera
disebabkan kedai roti canai tutup
akhirnya bertukar rencana.

mengimbau suatu masa dahulu
dimusim tengkujuh
waktu itu apa benda semua sedap
tidak pernah memilih menu
asal sahaja boleh mengisi
uncang perut
itu sudah cukup bersyukur
wajah tua itu tersenyum lega
melihat kami sekecil tidak bersungut apa
biar hanya berkongsi jemput-jemput bilis
ala kadar kenyang pada hari itu
sudah melegakan hati bonda.

kini...sudah dewasa
berlinang airmata bila memakan
jemput-jemput bilis
semuanya sudah tersimpan kemas
segala kenangan tidak mahu
diungkit kembali
hanya sebak yang menyelubungi
perasaan di hati.

kopi panas pahit dan jemput-jemput bilis
warisan menu penuh bermakna...

Naura Auni
06 dis 2012
06:44pm

No comments:

Post a Comment