Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, December 6, 2012

ADA LAGIKAH?

ADA LAGIKAH?

Ada lagikah kebenaran
bawah awanan kabus kepura-puraan
tanpa kejujuran
ada lagikah kejujuran
bila tindakan bertopengkan gunungan kebendaan
tanpa keikhlasan
ada lagikah keikhlasan
bila pemberian dinaungi pembalasan
bukan kerana ketulusan
ada lagikah ketulusan
pabila perasaan dibayangi kerisauan kerugian
bukan kerana perjuangan
ada lagikah perjuangan
jika hak warisan pupus diabaikan
tidak sanggup berkorban
ada lagikah pengorbanan
jika paksi matlamat hanya kerana nama
hilangnya perasaan kecintaan
tanpa kasih sayang
ada lagikah kasih sayang
jika tandus insanan kemanusiaan
tanpa laman firdausi manusiawi

kembalilah
ke khittah hakiki khalifah insani
dengan teras syurgawi
petunjuk Rabbani.

YHI
Segamat Johor
06122012

No comments:

Post a Comment