Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, December 22, 2012

HUJAN AIRMATA

HUJAN AIRMATA

Aku berhujan airmata
Entah kenapa hati gundah gulana
Semalam ada yang datang bertanya
Tapi hati tak rasa apa
Hanya takut dan bimbang sahaja

Mungkin mudah berkata ya
Tapi hati tidaklah sama
Bila kenangan kembali menerpa
Hanya hujan berairmata

Aku berhujan airmata
Tiap kali ada yang suka
Aku pula yang tidak teruja
Masih mengharap pada sidia
Si dia pencurang yang tidak setia
Tapi gagah dalam bercinta
Membuat hati terkinja-kinja

Aku berhujan airmata
Kerna di minda hanya dia sahaja
Sedangkan harapan sudah pun tiada
Hanya kenangan yang segar terasa

Aku hujan berairmata
Dalam kenangan engkau tetap kucinta
Walau hati dah lama terluka
Namun manisnya masih ada
Biarpun engkau sudah tiada
Namun cintamu berbunga-bunga
Jauh di sudut kamar hatiku
Engkau sahaja yang aku suka

Aku berhujan airmata
Entah sampai kapan tidak kuduga
Namun aku tetap percaya
Suatu saat akan ada jawapan dariNya.

QaLbuMusyTaQun

No comments:

Post a Comment