Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, December 22, 2012

AKU MAHU KAMU

AKU MAHU KAMU

Dulu aku ada kamu
Hidupku serasa begitu terisi
Perkenalan secara tiba-tiba
Hadirmu membawa bahagia

Saat aku lemah engkau beri kekuatan
Saat aku sepi engkau membawa tawa
Senda gurau semuanya gembira
Sungguh aku suka

Saat aku sedih engkau penawar luka
Memberi ubat penyembuh lara
Tangisku kauhapus hanya dengan kata-kata
Walau jauh di mata namun engkau tetap ada
Dalam hati sentiasa terasa

Sungguh aku rindu
Rindu pada nyanyianmu yang bisa menidurkan aku
Memberi lena dalam bahagia
Membuat aku merasa istimewa

Sungguh aku rindu
Rindu pada suara tenang dan riak teduh di wajahmu
Membuat hatiku merasa damai
Seperti mahu di dakapanmu

Sungguh aku mahu kamu
Andai dapat kulaungkan yang terbuku di hati ini
Andai dapat kutatap wajahmu sekali lagi
Sungguh aku mahu kamu
Sakit pahit derita lara kini hanya aku yang rasa
Tiada lagi yang memberi rasa
Hanya perlakuan tak berbahasa
Menunjuk hati yang meronta- ronta
Mohon dilepas dari binasa

Hari- hariku hanya menanti hadirmu tanpa mengharap pada yang lain.

Aku mahu kamu :(

QalbuMusytaqun

No comments:

Post a Comment