Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, October 3, 2012

ZAUJAH SOLEHAH

ZAUJAH SOLEHAH

Aku hanya ingin menjadi
Zaujahmu yang solehah
Lantaran aku rusuk kirimu
Yang hilang itu...
Bimbinglah aku mencari cinta ILAHI
Akan kita penuhi
Indahnya hidup ini
Dengan kecintaan dan kerinduan kepadaNya

Dalam kekuranganku
Kaulah sebagai pelengkapnya
Dalam kelemahanku
Kaulah penampalnya

Syukran
Kerana sudi hadir
Membawa rasa
Yang aku tidak tahu
Di mana ia bermula
Dan dari mana ia datang
Bila aku mula menyedarinya
Sesunguhnya rasa itu
Telah memenuhi ruang hatiku

Aku hanya ingin menjadi
Zaujahmu yang solehah
Yang tenang-tenang selalu di sisimu
Penawar jiwamu di kala resah
Pengubat hatimu di kala berduka
Agar bila aku pulang padaNya nanti
Dalam lenaku yang panjang
Dengan hati yang lapang
Dengan wajah yang tenang

Aku hanya ingin menjadi
Zaujahmu yang solehah
Taat pada Allah
Taat pada Rasul
Taat padamu
Kerana hatiku
Merasai sakinah
Mengasihimu


~Aniyus~
08/04/2008
1.01 pagi

No comments:

Post a Comment