Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 9, 2012

WAHAI BULAN

WAHAI BULAN

Wahai bulan di langit ke tujuh nian ayu,
Tiadalah hitam terlintas di hatiku,
Saat aku lontarkan senyum kepadamu,
Kerana aksi memukau dari bangsaku,
Aku lupa jiran di sebelah bahuku,
Paling hampir dengan tangan kananku,
Jauh sungguh di relung aura tangan kiriku,
Meramas warna hitam tanpa bintang nan lalu,
Wahai bulan datang gayat hampiri rinduku,
Sepanjang kusam seluruh jiwaragaku,
Wahai bulan yang memburu kilau ungu,
Sinarilah gelap pekat malamku.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing Johor.
250812@1635hrs(Sabtu).

No comments:

Post a Comment