VIRUS TMM (2)
"Realiti tidak seperti kisah dongeng di dalam buku cerita kanak-kanak.
Realiti tidak terhenti hanya kerana Tuan Puteri telah bertemu dengan
Putera Impian dan mereka hidup bahagia selama-lamanya. Itu semua hanya
cerita dongeng hasil olahan 'Disney' di mana semua akhiran cerita tidak
boleh dihentikan dengan penamat yang sedih atau negatif. Propaganda yang
disulam dalam pemikiran anak-anak dan dikemaskan dengan benang impian
yang berwarna-warni, tanpa secalit warna hitam. Sedangkan, realitinya,
Cinta adalah perasaan. Dan perasaan berkait rapat dengan hati.
Hati pula punyai semua rasa: indah, gundah, ceria, muram, tenang, rajuk.
Bagaimana hati akan menjadi kuat dan tabah jika tidak melalui sebarang
kepahitan hidup. Tidak akan terlihat indahnya cahaya bulan jika tiada
kegelapan malam, bukan.
Sewaktu
cinta bermula, Virus TMM turut mengikut sama. Adakala daya ketahanan
diri kuat, maka virus tidak aktif. Ibarat demam, ada yang senang
dijangkiti dan senang juga sembuh. Ada pula yang jarang sekali sakit,
tapi bila terkena, lambat untuk pulih seperti sedia kala.
Virus TMM diaktifkan bukan sewaktu semuanya berjalan lancar dan taman di
hati dipenuhi bunga seribu warna. Maklum saja, bila kuntum segar mekar,
tidur juga pasti kan tersenyum. Mimpi dihiasi warna warna pelangi.
Virus akan terjaga dan mula bertindak bila ada retak walau sekecil kuman
dalam perhubungan. Ibarat menaiki 'Eye of Malaysia', bila berada di
tahap paling atas, langit terasa dekat dan udara terasa lebih nyaman.
Tapi bila pusingan roda tiba di bawah, ombak kecil pun terlihat seperti
tsunami."
Panjang penerangan dia. Hmm..siapa sebenarnya yang
cuba dia yakinkan? Saya atau dirinya sendiri? Mengelak soalan senang,
dengan mengalihkan tajuk perbincangan? Saya tersenyum sambil menggeleng
kepala. Biar dia habiskan hujahnya agar terlerai sedikit kekacauan di
hatinya.
Bersambung..
Sewaktu cinta bermula, Virus TMM turut mengikut sama. Adakala daya ketahanan diri kuat, maka virus tidak aktif. Ibarat demam, ada yang senang dijangkiti dan senang juga sembuh. Ada pula yang jarang sekali sakit, tapi bila terkena, lambat untuk pulih seperti sedia kala.
Virus TMM diaktifkan bukan sewaktu semuanya berjalan lancar dan taman di hati dipenuhi bunga seribu warna. Maklum saja, bila kuntum segar mekar, tidur juga pasti kan tersenyum. Mimpi dihiasi warna warna pelangi. Virus akan terjaga dan mula bertindak bila ada retak walau sekecil kuman dalam perhubungan. Ibarat menaiki 'Eye of Malaysia', bila berada di tahap paling atas, langit terasa dekat dan udara terasa lebih nyaman. Tapi bila pusingan roda tiba di bawah, ombak kecil pun terlihat seperti tsunami."
Panjang penerangan dia. Hmm..siapa sebenarnya yang cuba dia yakinkan? Saya atau dirinya sendiri? Mengelak soalan senang, dengan mengalihkan tajuk perbincangan? Saya tersenyum sambil menggeleng kepala. Biar dia habiskan hujahnya agar terlerai sedikit kekacauan di hatinya.
Bersambung..
No comments:
Post a Comment