Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, October 4, 2012

VIRUS TMM (1)

VIRUS TMM (1)

Saya memerhatikan dia.
Kata orang dia sedang sakit.
Namun dia tidak demam. Tidak juga kelihatan adanya luka di mana-mana bahagian tubuhnya.
Tapi, badannya jelas semakin susut dan wajahnya lesu tak bermaya.

Apa sakitnya ye. Lebih baik bertanya pada tuan empunya diri dari terus risau dan membiarkan diri berfikir yang bukan bukan.

"Saya dijangkiti sejenis virus. Virus TMM,' jawabnya.

"Virus TMM? Apa tu ye? Tak pernah dengar pun," kata saya sambil cuba mengingati nama-nama virus.

Ketawanya memecah ketegangan suasana petang. Setelah reda tawanya dan tidak mahu ada bayangan rajuk akan menjenguk, dia dengan segera memulakan penerangannya:

"Virus TMM ini penyakit bagi mereka yang sedang di alam percintaan.
TMM ialah singkatan bagi: Tidur, Mandi, Makan. Kita selalu mendengar orang mengatakan Cinta mampu buat hidup jadi terbalik. Tidur tak lena, mandi tak basah dan makan tak kenyang..

Betul ke teori tersebut? Hmm. Cuba tengok kiri dan kanan. Tengok kawan kawan dan tengok diri sendiri.
Ada ke yang mempunyai ciri ciri penyakit akibat virus TMM tu? Macam tak ada saja kan. Sebabnya, bila gembira, kita terasa seperti nak berkongsi rasa itu dengan semua penduduk dunia. Ingin hendak dilaungkan agar semua tahu kitalah orang yang paling bertuah disayangi oleh yang menyayangi.

Tapi bila sakit, sedih dan merana, kita lebih suka menyendiri, termenung dengan awan mendung hitam pekat berada sejengkal di atas kepala. Kusut akan bertambah serabut bila melihat orang lain ketawa sementara diri sendiri bermuram durja. Virus yang wujud tapi tak diiktirafkan. Siapa yang mahu mengakui diri merana kerana 'Cinta'?

(bersambung)

No comments:

Post a Comment