Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 9, 2012

PESANKU PADA ANGIN

PESANKU PADA ANGIN

Angin
tolong sampaikan
salam rinduku
pada dia
yang jauh di sana.

Bisikkan padanya
di sini, ada cinta
yang menunggunya
selagi mentari dan bulan
setia muncul pada siang dan malamku.

Katakan padanya lagi
aku menantinya di sini
bersama mahar cintaku
terhias dari tenunan hati
yang kusulam dengan benang kasihku.

Ceritakan padanya
lelaki ini
terlalu setia dengan cintanya
kerana kalimah keramat yang terucap
dan ianya akan tetap begitu selamanya.

Sampaikanlah oh angin
semuanya tentang cintaku.

Qalam Bertinta
08102012
1833pm

No comments:

Post a Comment