Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, October 22, 2012

Pemimpin-Pemimpin Masa Hadapanku

Pemimpin-Pemimpin Masa Hadapanku

Semangat yang kental tak akan gugur
walau pelbagai rintangan datang menghembur
menyakitkan dan mengerikan
kerana semangat yang kental - hebat dan jitu
tidak akan berundur walau sesaat waktu
akan terus memacu langkahmu! ... ,
maju dan terus maju
selagi bernafas, kukuhilah langkahanmu
selagi bernafas, perkemaskanlah semangat di dadamu
selagi bernafas, teruskanlah perjuangan hidupmu
selagi bernafas, tanam dan sematkanlah cita-cita mulia di hatimu
selagi bernafas - walau jalanan penuh berliku ... ,
janganlah engkau kendurkan semangatmu itu.

Jatikanlah perjuanganmu! ... ,
kerana S.P.M itulah penentu masa hadapanmu
Jitukanlah semangatmu! ... ,
bersama semangat seladang yang padu.

Pelajar-pelajarku! ... kaulah pemimpin masa hadapanku.

ss/spl/pm ... 22/10/2012.

No comments:

Post a Comment