Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, October 18, 2012

MENCARI SINAR

MENCARI SINAR

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar …..
Di tanah lapang
Memuji kebesaranMu
Berkumpul makhluk langit dan bumi
Bumi Arafah tempat pertemuan Adam as dan Hawa
Bumi siraman khutbah wahyu kegembiraan
Petanda lengkap dan sempurna agamaMu
Islam sebagai anutan dan amalan

Satu tujuan satu harapan
Keredaan dan kebahagiaan dunia akhirat
Hari kemuliaan dan kemenangan ummah
Merungkai yang tersirat ibadah korban
Berkasih sayang sesame makhluk

Ya Allah
Aku insan yang lemah lalai
Ya Allah
Berikan daku ketabahan dan keyakinan Nabi Ibrahim as
Berikan daku kesabaran Nabi Ismail as

Genangan air mata
Kerana riang menjadi tetamu pilihanMU
Kerana rindu padaMu
Kerana kelalaianku

Ya Allah
Jadikan aku orang yang insaf
Jadikan aku orang yang pasrah
Jadikan aku orang yang suka memaafkan
Jadikan aku orang yang beramal dengan agamaMu
Jadikan aku orang yang beriman dan bertakwa
Jadikan aku orang yang bersyukur

Ya Allah
Jauhilah aku dari sifat takabur
Jauhilah aku dari sombong angkuh
Jauhilah aku dari gelinciran lorong kesesatan
Jauhilah aku dari dendam yang tiada kesudahan
Jauhilah aku dari hasad dengki yang merugikan
Jauhilah aku dari sifat bakhil

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar…

YHI
Segamat Johor
18102012

No comments:

Post a Comment