Kerana Cinta Berkubur Jasadnya
Nak tegap, tegaplah melata,
biar fana alam ditaja;
nak lelap, lelaplah mata,
biar lena sampai ke senja.
Nak ke kubur, kuburnya mana,
jangan sampai tersesat masuknya;
nak berkubur, berkuburlah cinta,
jangan sampai berdarah hatinya.
Nak sepi, sepilah dunia,
semuga nanti tidurnya lena;
nak mati, matilah jiwa,
semuga nanti tiada parutnya.
Selamat malam dunia maya.
ss/spl/pm ... 23/10/2012.
Nak ke kubur, kuburnya mana,
jangan sampai tersesat masuknya;
nak berkubur, berkuburlah cinta,
jangan sampai berdarah hatinya.
Nak sepi, sepilah dunia,
semuga nanti tidurnya lena;
nak mati, matilah jiwa,
semuga nanti tiada parutnya.
Selamat malam dunia maya.
ss/spl/pm ... 23/10/2012.
No comments:
Post a Comment