Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, October 5, 2012

KEMANISAN YANG DINAFIKAN

KEMANISAN YANG DINAFIKAN

payah benar!
payah benar engkau mengerti
belajar dengan benar
menjelaskan tentang kebenaran
yang telah dipalsukan
yang bersalut debu dan kekalutan,

payah benar!
payah benar engkau menghargai
menjunjung harga jujur
menjaga sebuah ketulusan
yang telah dikhianati
yang retak seribu dan berkecai

payah benar!
payah benar engkau mengakui
sebuah kesilapan
menyusun ratib kemaafan
yang menyapu debu kekhilafan
yang mencantum benteng perpecahan,

payah benar!
payah benar engkau meruntuhkan
merendahkan rasa keakuan
tentang sebuah kekalahan
hanya kerana, payah benar!
kemanisan dinafikan.

~ Sekadar Catatan TintaMataPena ~
::AlangEynna::
Oct 5, 2012; 1:22am

No comments:

Post a Comment