Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 23, 2012

JANGAN SAKITI HATINYA

JANGAN SAKITI HATINYA

Jenuh sudah kutitipkan kasih
Antara batas-batas kerinduan
Nangis nista di hati telah melusuh
Gapai usia tua kita masih berputaran
Apitkan kalang sayang bersungguh
Nafas rindu kita helah masih berpanjangan.

Sayangku pergantungan jiwaku
Andaikan buih-buih di lautan bisa kucapai
Kerana sayangku terhadapmu
InsyAllah akan kuanyam menjadi mimpi realiti
Tertanam di jantungku tanpamu siapalah aku
Ini pintaku kasihanilah dan sayangilah diri ini.

Hasrat hatiku seperti jua hasrat hatimu
Ada kepastian meniti nadi selamanya
Temasya tidur sebantal berisi mimpi tiadalah jemu
Ikhlas walaupun isinya nyata berbeza
Nasibku nasibmu jua kita selalu mahu menyatu
Yakin seadanya walau sampai berpitajingga
Aku pengemis kasih tak akan sakiti hatimu selamanya.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
231012@1417hrs(Selasa).

No comments:

Post a Comment