Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 2, 2012

FILZATI (belahan jiwaku)

FILZATI (belahan jiwaku)

Ya Allah
Jika benar dia tercipta untukku
Hilangkanlah kegelisahan hati ini
Berikanlah ketenangan dan
Petunjukmu itu kepadaku
Engkau tahu
Bahawa hati ini
Hanya mengharapkan redhaMu

Jika benar dia yang kucintai
Biarlah cinta itu membawa aku
Kepada cintaMu Ya Rahim
Jika benar dialah yang kucari selama ini
Engkau satukanlah hati-hati kami
Supaya tetap berada di jalanMu

Filzati...
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta
Dari insan yang mencintai Allah
Di atas setiap kealpaan kita
Di atas setiap kelalaian kita
Moga-moga di sana masih ada
AmpunanNya
RedhaNya
BarakahNya

Buat kita
Buat kehidupan kita
Buat ikatan hati-hati kita

~Aniyus~
~Teratak Nak Roboh~
09 Ogos 2008
1.01 pagi

No comments:

Post a Comment