Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, October 24, 2012

Detik dan ketika ini

Detik dan ketika ini

Pada detik detik begini
dalam kesepian setiap ruang
kasih yang terpisah
di ingatan kita tetap bersatu
mencabar cinta hati perempuan
dalam kelembutan
yakin dalam janji
perpisahan dalam kejauhan
sentiasa menghulurkan kemesraan
hari hari yang tiba
ada waktu waktunya keyakinan teruji jua
kekuatan adalah milik bersama
setiap harapan
kerana masanya belum tiba
pada penghidupan yang bakal dimiliki
dalam pertemuan penuh rahsia
atas nama keimanan dan kesetiaan.

Yatie Yusoff
24otc2012
11.11am.

No comments:

Post a Comment