Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, October 24, 2012

Cendawan Di Tepi Lorong

Cendawan Di Tepi Lorong

Cendawan
muncul di tepi lorong
selepas hujan
selepas tanah dibasahi embun
bercambah menjadi rimbun
ujudnya penuh santun
namun
tidak ditonton
tidak dipegun
tidak pernah dipohon
dipandang sepi
tidak digerun
di hati manusiawi
tiada harganya
tiada bererti
di kaki
dipijak mati.

Itulah aku di dalam dunia puisi.


ss/spl/pm ... 23/10/2012.

No comments:

Post a Comment