Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, October 25, 2012

~ Bingkas ~

~ Bingkas ~

Setelah sekian lama terkaku di bingkai sepi
bernafas ,tapi lemas berkurung di kamar kaca
longlai lesu nadi rasa bagaikan terkunci
imbasan demi imbasan tak henti menerpa
setiap detik hayatku masih ditemaninya
setiap saat kian dekat
kian rapat
kian erat

Kini, aku mesti bingkas keluar dari bingkaian sepi ini
kerana esok dan esok-esok hari
aku akan terus dan terus sendirian
melayari kehidupan
setiap masa kian senja
kian gelita
kian nyata
kerana itulah janji-Nya

~ msa:25.10.12 sk443 ~

No comments:

Post a Comment