Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 2, 2012

Anak Zaman

Anak Zaman

butir-butir kasih meranum jambak
selautan wajah mengukir resah
berlabuh di selautan setanggi
menguntum wangian menebar angkasa
bagaikan barisan pemenang membawa ubur
melangkah gagah sepurnama penuh
pasukan syuhada megah menegak syiar
ke garisan penamat yang dijanjikan
tumpas dan cair
mengusung harap

lalu harumlah keserata negeri
bergunung harap bertiti di kalbu
keyakinan iman semakin kukuh
kerana merekalah pengutip pahala
dijalan-jalan berlurah dan berliku
dalam denai sempit dan berduri
cabaran dan dugaan usai
meski darah dan keringat
tumpah mengejar cita yang terikat

merekalah anak-anak zaman
pembawa obor tersohor
dalam derap dan rentak jantung
tanpa menoleh kebelakang
yang namanya tergalas di bahu
tetap tergenggam di tangan
hangus dan hitam menjadi arang
demi sebuah nama berbekal harap


Embi Estar - 2 Oktober 2012

No comments:

Post a Comment