Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, October 11, 2012

AKU, KAMU, BIRU ATAU HIJAU ?

AKU, KAMU, BIRU ATAU HIJAU ?

Ini bukan puisi puitis
Yang membelai jiwamu
Cuma santai-santai sahaja
Suka-suka nak bertanya
Rakan sekolahku meminta
Aku mengarangnya

Dalam hidup ini banyak warna
Bermacam-macam dan beraneka
Kerana warna manusia bergaduh
Kerana warna manusia bermusuh
Kerana warna suami isteri bercerai-berai
Kerana warna adik-beradik tidak bertegur sapa
Kerana warna jiran tetangga bermasam muka
Kerana warna ikatan sillaturrahim terjejas

Kamu tanya aku
Aku tanya kamu
Warna apakah pilihan hati
Biru atau hijau ?

Minta maaflah yaaa...
Ini bukan puisi politik
Atau nak melaga-laga itik
Dalam fikiran cuma terdetik
Kerana warna ini
Bangsa kita berpecah belah
Tuduh menuduh
Fitnah memfitnah
Padahal kita satu agama
Dan saling bersaudara

Apakata
Kita sama-sama
Teguhkan sillaturrahim
Kasihkan ikatan persaudaraan
Sama-sama kita berada
Dalam golongan insan
Beriman dan bertaqwa
Berpegang dengan tali Allah
InsyaAllah tidak akan goyah

Hendak bertanya lagi
Apakah warnamu ?
Hijau atau biru ?
Ehh...engkau pula bertanya
Apa warnaku ?
Biru atau hijau ?

Tak mengapalah
Apapun warna pilihan kita
Tunggulah PRU nanti
Tapi biarlah
Bangsa kita teguh bersatu
Kerana musuh sentiasa menunggu
Biarlah kita terus berpegang
Dengan Al-Quran dan As-Sunnah
Janganlah kerana warna-warna ini
Kita berpecah habis punah

~Aniyus~
11 Oktober 2012 / 8.55 pagi
~teratak nak roboh~

No comments:

Post a Comment