Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, August 21, 2012

~ Untaian Cinta Kau Dan Aku ~

Bersandarkan kesetiaan cinta
teguh dan kukuhnya
hingga kini masih kujaga
tak akan rebahnya dek
tiupan tsunami mengganas

Rentetan jiwa meragut
sayu, telahku lakarkan
dinding-dinding kejujuran
biarpun dugaan meniti
hari demi hari

Terenjat panahan
seakan bak halilintar
menderu hangat
di setiap tubuhku
menerima rintangan

Onak duri berliku
menyusup belati
menyentap ragaku
tetap jua, aku renangi
tanpa mengalah

Bernoktahkan kalammu
masih kugenggam erat
di puncak gedungan
mahligai tercipta
impian bersatu...

'Untaian Cinta Kau Dan Aku'...berselindungkan ketulusan hati...

21hb Ogos 2012 Selasa
3 Syawal 1433
4.35am
SNQ

No comments:

Post a Comment