Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, August 24, 2012

Denai

Di likunya,
Kita pernah termengah,
Di bingkang-bengkoknya,
Kita tak pernah tersasar menyusul arah,
Di bahunya,
Kita selalu membuang lelah,
Lalu pada setiap kelurusannya,
Kita manja berhelah,
Cuba sedaya upayah merubahnya,
Denai bonda rintis itu bertuah,
Kalau kita kehilangannya,
Kita diasak ambang bahayah,
kerana kalau kita mencari selepas kehilangannya,
Kita tak mampu mengutipnya merujuk sejarah,
kita tidak lagi merdeka,
Kita merubah sejarah dan akhirnya kita dijajah,
Sepanjang masa kerana kita cakar damainya.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing Johor.
240812@1155hrs(Jumaa

No comments:

Post a Comment