Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, August 20, 2012

berbakti

di musim raya
jentera membelah jalan raya
dari sekecil-kecil hingga yang mega
kembali ke desa dari kota
seringkalinya hanya lawatan semata
menjenguk orang tua yang berjasa
tiadakah terselit agenda?
menyumbang pembangunan desa
yang kekal ketinggalan dek arus masa
sumbangkan seringgit dua
pada tabung masjid atau balai raya
dapat juga tok ketua
menjalankan aktiviti untuk warga emas kita.

mari menderma...

CNM, 20/8/12, 9.18am
THMK

No comments:

Post a Comment