Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, August 23, 2012

~♥ Ayat-Ayat Cinta ♥~

Tiada pena ...
bukan hanya untuk ganggaman sahaja
atau sengaja mencari sebuah bukti
seadanya Cinta itu ada

Tiada dakwat ...

bersaksi bahawa Cinta tulus suci
tiada pengganti warna kasih dan sayang selamanya

tiada kertas ...

akan memutihkan Cinta palsu
mencoretkan warna kisah Cinta itu
atau mengatur sejarah Cinta seperti Romie dan Julie

tiada kanvas ...

memotretkan wajah keikhlasan
seindah wajah tiada berbeza
kebaikkan dan keburukan
walau diwarnakan pelangi

tiada lafas ...

dapat melakarkan seindah kata
sejujur keikhlasan sebuah Cinta
dari naluri menusuk ke jiwa
berdenyut memukau mata
bukan fantasi tetapi realiti dan nyata
mulut terkunci tidak terkata
menggigil seluruh anggota
narkotik rindu dicampur bius Cinta
kejujuran keikhlasan hati dan jiwa
Cinta... Cinta... Cinta...

Buat kekasih jauh nun di mata

bukan sahaja
bukan berkata-kata
bukan jonggol menjadi nyata
dikaulah gadis semenanjung yang aku cinta

~ Nukilan Pena Ilhamku

~ 23/August/2012
~ 08:43am

No comments:

Post a Comment