Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, December 3, 2012

~♥ Sipnosis sebuah cinta ♥~

~♥ Sipnosis sebuah cinta ♥~

Terlahir sebuah percintaan
dari mega ambum merata dunia
terukir nama-namamu di antaranya
dengan mewarnakan sang pelangi
yang murni …
 yang suci …
 nan abadi …
 seperti Romi dan Juli
dengan berkorbankan segalanya kerana cinta

Dengan setiap kimbah berbujuk di hati lara
di hujung dakwat berconteng sebuah kesah
di antara dua insan bersua
menjadikan indah
berserulingkan bayu
bergoncang asmara
di mahligai berpuncak Himalaya
berdestinasi sang purba
berhuruf tiada bermakna
hanya jiwa
mengetahuinya …

Alkapita dibentangkan
berkandil wulan berselimut bayu
batara cinta hadirnya kini
bersama gedir dimainkan

Dikau hadirnya cinta…
Kata Bantu :
Mega – awan
Berkandil wulan – bercahayakan bulan/ menyinari wulan
Ikral – janji / sumpah
Alkapita – Permaidani
Gerendang semara – gendang silat
Bujuk – mengeluarkan kata yang manis
Kimbah – kias

~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa
~ 03/12/2012
~ 05:00pm

No comments:

Post a Comment