SIDANG WARGA RIMBA
Warga unggas bersidang
pelbagai usul dibentang
sang kancil minda geliga
di tampuk kerusi pemudah cara
semua muafakat sebulat suara
Mukadimah mula bicara
pesanan untuk semua
usah tabur batu-batu sengketa
kita himpunkan manik-manik cinta
kita semai benih-benih asmara
amalan tradisi kita
yang gagah itulah kuasa
yang lemah merana derita
kita buat transformasi
agar semua generasi
menjadi warga harmoni
Hadirin yang dihormati,
ini zaman teknologi tinggi
setiap warga rimba
sama-sama gembelengkan tenaga
Dengar di luar sana
bingit suaranya
itu bukan ngauman Pak Belalang
itu bukan hentakan kaki Pak Belalai
Lihatlah di luar sana
pupus naungan kita
ayuh pindah segera
tapi, ke mana ya?
Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
15 Disember 2012
Mukadimah mula bicara
pesanan untuk semua
usah tabur batu-batu sengketa
kita himpunkan manik-manik cinta
kita semai benih-benih asmara
amalan tradisi kita
yang gagah itulah kuasa
yang lemah merana derita
kita buat transformasi
agar semua generasi
menjadi warga harmoni
Hadirin yang dihormati,
ini zaman teknologi tinggi
setiap warga rimba
sama-sama gembelengkan tenaga
Dengar di luar sana
bingit suaranya
itu bukan ngauman Pak Belalang
itu bukan hentakan kaki Pak Belalai
Lihatlah di luar sana
pupus naungan kita
ayuh pindah segera
tapi, ke mana ya?
Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
15 Disember 2012
No comments:
Post a Comment