Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 11, 2012

SECAWAN KOPI KASIH

SECAWAN KOPI KASIH

Secawan kopi istimewa
kerana ada gula kasihmu kaucurah
kauadunkan keharuman aroma sayang yang melimpah
dari air pergunungan cinta nan indah

setiap teguk kuhirup
tiada ungkapan kekata mampu bicara
titis-titisnya meresap ke setiap buli-buli rasa
damai, tenang menenangkan jiwa minda
satu kepuasan luar biasa
pastinya keikhlasanmu penambah perisa
kaubancuh lembut membelai
bersama kuntuman senyuman yang tidak pernah pudar
bagai anak mentari yang menyinar
menjanjikan harapan pasti
dalam meniti hari yang bahagia

terima kasih sayangku

YHI
Segamat Johor
11122012

No comments:

Post a Comment