Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 2, 2012

RINDU YANG MASIH BERTANDANG

RINDU YANG MASIH BERTANDANG

Sunyi memaksa aku
kembali mengenang
akan semua tentangmu
lalu memagut setiap rindu
yang kembali bertandang
dan kenangan itu aku
menyelak lembar demi lembar
setiap helaian yang tertulis
cerita sebuah kisah
kisah kita
kita yang terluka.

Bermusim kisah ini bermukim di hati
tidak pernah hilang dimamah masa
tidak pernah luntur akan setiap aksaranya
biar terendam dalam kolam airmata
kerana setiap kisah kita catit
dengan dakwat perasaan
perasaan yang kita lahirkan
tanpa kata-kata.

Kisah ini masih bersambung
dan kita masih sebagai pelakunnya
biarpun kini dalam watak yang berbeza
namun ceritanya tetap sama
cerita tentang kelukaan
cerita tentang kekecewaan
cerita tentang kita.

Dan rindu pun masih bertandang!... .

Qalam Bertinta
02122012
1823pm.

No comments:

Post a Comment