Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 9, 2012

Refleksi Diri (Buat teman-teman yang telah menerima APC 2008)

Refleksi Diri (Buat teman-teman yang telah menerima APC 2008)

Cemerlangkah semua
jika tinta penanya
gersang di tengah segara?

Gemilangkah semua
jika nanyian lagunya
kelu tanpa nada?

Terbilangkah semua
jika langkah tarinya
sumbang tanpa irama?

Cemerlanglah
gemilanglah
terbilangah
jika tinta penamu
bermadah di laut ilmu
jika tari dan lagumu
gemalai bersulam merdu

Menenang yang kalut
menghurai yang kusut
menampal yang rabak
menghibur yang sebak

Ayuhlah bermuhasabah diri
lalu membuat refleksi

Ilham:
Muhamad Amin
Dewan Masyarakat Serian
Sempena Majlis APC
Peringkat Bahagian Samarahan
2 April 2008

No comments:

Post a Comment