Resah dan sayangku tumpah di sini,
Antara kejernihan manik-manik embun pagi,
Namun daku tetap terpinggir keseorangan di pantai,
Tanamkan biji janji taburkan isi murni mimpi,
Amat kusayang terlalu kukasihi,
Ulang isi renunganku segalanya untuk diri sendiri.
Aku paling senang begini,
Berbahasa alam purba di rantau abang,
Agar kepada sesiapa yang berkunjung ke sini,
Nyanyian oleh-oleh bias saja berkumandang,
Gemilang siang dan malam di rantau abang tiadalah sunyi.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Segamat,Johor.
141212.
Agar kepada sesiapa yang berkunjung ke sini,
Nyanyian oleh-oleh bias saja berkumandang,
Gemilang siang dan malam di rantau abang tiadalah sunyi.
Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Segamat,Johor.
141212.
No comments:
Post a Comment