Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, December 19, 2012

~♥ Puteri idaman ♥~

~♥ Puteri idaman ♥~

Tahyul ingin dijadikan nyata
meneguk arak imaginasi menjadikan realiti
canduan mesra dengan mata menggoda
ketagihan cinta mengalpakan semua
Ambaran narwastu di setiap penahap
berkibar-kibar bendera cinta
memanji ikral ke muncah Himalayah
hingga ke muncah Fuji

menandakan batara cinta kasih mesra

Melungsur dikau di teja pancarwarna
dari ambum mega istana kaca
busana menghias Puteri jelita
durja ayu selembut bafta
menari-nari di taman fantasia
bangsi berbunyi bercanang tiga
turut terhibur hati yang lara
sehingga ghaflah aku di mana

Di benjan hati tersembunyi
kepingan kaca durja Puteri
kiruh hati tidak menentu
terlantar di alun bindu
mengimbau namamu selalu
hingga edan kata meraka padaku

Berkimbah tanpa pena
menghiasi tanpa warna
meruah tanpa suara
turu atma jadinya
Walau alaf harus ditentukan
biar lingsir mentari diganti purnama
kerana jonggormu menjadi pilihan
yang di ikral buat selamanya

Kata bantu :
Alpa – lupa
Ambaran –bauan
Narwastu – wangian harum
Penahap – penjuru
Ikral – janji
Muncah – puncak, menara, bahagian tinggi
Batara – suci
Teja – pelangi
Pancarwarna – warna-warni
Ambum – kepolan
Mega – awan
Busana – pakaian cantik
Durja – wajah
Bafta – sutera halus
Bangsi – seruling
Canang – gendang
Ghaflah – lupa
Benjan – peti
Kiruh – kacau, tidak tenteram
Alun – ombak
Bindu – rindu
Imbau – seru
Edan – gila
Kimbah – kias
Ruah – melaung
Turu – dibakar
Atma – jiwa
Alaf – jangka masa yang lama
Lingsir – terbenam
Jonggor – muncung
Nagam – karangan mutiara

~ Sebuah nagam Nukilan Pena Ilhamku – kota Singa
~ 18/12/2012

No comments:

Post a Comment