Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, December 1, 2012

~~Oh kenangan...~~

~~Oh kenangan...~~


Duhai kekasih
Andai dapat kulontar
atau kukembalikan kenangan
kisah semalam
mahu serasanya aku lenyapkan
segala yang bertandang
mengusik kalbuku
membuat aku di dalam kepedihan
kepedihan teramat pilu
ambillah kembali semuanya
usah ada walau secuilpun
rasa rindu yang menyeksa diriku.

jika menumpang kasih itu
membebankan dirimu
segala kata-kata berbisa
yang angkuh lagi sombong
hanya untuk menyakitkan
sekeping hati ini
agar berundur terus dari hatimu
dapat memuaskan segala kehendakmu
engkau telah berjaya
melakukan kelukaan pada hatiku.

itu mahumu
apadaya untuk merayu
segala kebencian telah
kautanam menjadi akar umbi
bercambah jemu berputikkan amarah
teramat parah.

mengenalimu satu anugerah
membencimu tidak pernah wujud
kerana kutahu
aku pernah mengasihimu dan menyayangimu
walau itu cuma sia-sia buatmu...


Naura Auni
01 Dis 2012
06:05pm

No comments:

Post a Comment