Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 18, 2012

naskah hati

naskah hati

kosong
itulah anggapanmu
apabila berbicara
tentang hati yang baru diciptakan

tetapi tahukahkau
hati itu sebenarnya
telah terisi
dengan naskah-nabkah indah
yang perlu kauteliti
untuk mencari identiti

helaian demi helaian
kautatapi
perkataan demi perkataan
cuba kaufahami
namun pernahkah kau
pernahkah cuba untuk mendalami
maksud yang tersirat

satu persatu helaian kausingkap
tetapi
berapa lama bisa kauturuti kemahuan itu
lontaran kata-kata
dari hatinya sendiri
kelak membahangimu
dan membinasakannya

kini,
kerakusan menguasai dirimu
naskah hati yang perlu kaucorakkan
telah kaubinasakan
kerana kini
kemarahan telah bermaharaja di dalam hati
tanpa kausedari

No comments:

Post a Comment