Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 4, 2012

MIMOSA

MIMOSA

Kata Dia: 'Mimosa' itu hanya bebunga rumput ungu. Walau ada yang melihat bunganya indah, hakikatnya mimosa tetap dari rumpun keluarga 'rumput'. Tiada langsung nilai komersial, apatah lagi untuk dipuja sebagai ilham pemuisi.

Resmi dunia,
Yang indah dipuja, yang capik diketepikan
Yang gagah disanjung tinggi, yang lemah dipijak-pijakkan
Yang kaya dihormati, yang miskin dicaci

Bukankah 'mimosa pudica' itu hanya nama saintifik? Asal kejadian tidak berubah hanya dengan memanggil ianya dengan nama lain. Daun 'Semalu' masih tetap akan menguncup bila disentuh maupun disapa oleh tiupan kuat sang angin. Bunga 'Semalu' berkembang sehari cuma. Sekuntum tidak kelihatan, banyak baru terlihat ungu di celah hijau rerumput. Tumbuh melata di longkang dan kawasan terbiar.

Hidup segan, mati tak mahu.
Patah tumbuh, hilang berganti.
Walau dipotong, umbinya mampu mengeluarkan pucuk yang baru.
Ada tidak meramaikan, tiada tidak terasa.

Saya memandang dia. Dia dan falsafahnya yang pelbagai. Bukankah Tuhan telah jadikan setiap sesuatu itu ada yang sama dan ada yang berlainan? Rempah ratus dunia. Ada pelbagai rasa, ada pelbagai ragam. Saling melengkapi dan saling mempelajari erti kesabaran serta persaudaraan.

Mimosa.

-LM/HN 04122012-

No comments:

Post a Comment