Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, December 1, 2012

Maruah.

Maruah.

Di mana letaknya maruah kita?
Seandainya bahasa kita sendiri dipermain-mainkan
diperlekehkan - dianak tirikan,
dikotak-katikkan,
bagai tiada maruahnya
diletak di pingir lutut
diikat dan dijerut,

di mana letaknya maruah bangsa?
Seandainya karya penulisan kita
karya anak bangsa kita
lebih menjerumus
kepada bahasa penjajah bangsa
bahasa yang kononnya bercorak globalisasi
bahasa dunia,

fikirkanlah!
...haruskah penulisan karya-karya kita juga
dijajah penjajah bangsa
penjajah-penjajah yang pernah menjarah kita
menjarah darah kita
menjarah maruah bangsa,
bangsa kita.

Berbanggalah! ...berbanggalah dengan bahasa kita
maruah kita
maruah bangsa kita
selagi bernyawa
pertahankanlah maruah kita
jangan pula dipermain-mainkannya.

Kerana maruah bangsa terletak di maruah bahasa kita.

ss/spl/pm ... 01/12/2012.

No comments:

Post a Comment