Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 4, 2012

KERUSI

KERUSI

Kerusi ini
bukan kerusi biasa
bukan kerana diimpot dari luar negara
bukan kerana buatan mutu bertaraf antarabangsa

kerusi ini kerusi kuasa
kerusi rebutan segenap lapisan
kerusi pemegang amanah bangsa
kerusi warisan tampuk takhta negara

padanya bangsa berharap
padanya amanah digalas
padanya penentu corak
padanya jatuh bangun

di situ dasar penentu
di situ wawasan dipacu
di situ upaya diuji
di situ hala tuju

jangan sampai kerusi terlepas
jangan sampai maruah tergadai
jangan sampai anak bangsa terabai
jangan sampai bergolok bergadai

lindungilah kerusi ini dari anasir luar
lindungilah kerusi ini dari salah tadbir
lindungilah kerusi ini dari kerakusan
lindungilah kerusi ini dari hilang wibawa

YHI
Segamat Johor
04122012

No comments:

Post a Comment