Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 9, 2012

~ Kasih Kita ~

‎~ Kasih Kita ~

Kelam malam berlabuh
rintik-rintik hujan mengiringi
dalam kedinginan seakan terdengar
suaramu yang membisikkan kata rindu
terpendam jauh di lubuk hati

gemersik bayu menyapa dedaunan
menyampaikan salam rinduku
buatmu sayang di kejauhan
bergetar hatiku membayangkan
seraut wajah indah
hadir tiap ketika dan waktu

syukurku padaNya
menganugerahkanku getar-getar cinta
menghadiahkanku selautan kasih sayang
mempertemukan aku dan dirimu
dan rasa kasih, cinta dan sayang kita ini
anugerah dariNya, Maha Pencipta Segala

sayangku…kuingin dikau tahu
melihatmu...memberiku semangat
mendengar kata-katamu...membuatku terharu
apalah lagi yang daku perlu
selain rasa cinta, kasih dan sayang darimu
dan kuingin dikau fahami sesuatu
bahawa aku jua sayang dan cinta padamu

~ cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaanNya….
cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang diciptaNya….~

~ Tinta Pena ~ Alamanda Desa ~
~ 081212 ~ 10 pm ~

No comments:

Post a Comment