Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, December 14, 2012

Gema Tahrir

Gema Tahrir

Gema ini
telah kusalut amarah bangsa
dibawa angin bernama revolusi:
warna yang tiada dan hangatnya berbisa.
Biar berdarah, biar bernanah,
biar berkeruping telinga pendusta.

Dengar-dengarkan wahai dunia!
Kala kaulena dialas bantal aman
di gua ini, gema tak akan berhenti
sekali-kali tidak!
Selagi kelawar-kelawar bermuka dua
mencakar dinding maruah agamaku.

Dunia
sekiranya engkau punyai sepasang kaki benar
sahutlah gema ini dengan garau!
Sekiranya engkau punyai sekeping hati murni
sahutlah gema ini dengan berani!

Andai kautahu gema ini
Gema Tahrir
sahutlah
Allahu Akhbar!

163016022011
Tabir Khaizuran
DCA Subang

No comments:

Post a Comment