Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, December 19, 2012

ERA GEMILANGMU SUDAH BERLALU

Muhamad Amin

ERA GEMILANGMU SUDAH BERLALU

Eramu penuh gemilang
Jalan Ampas mula asalmu
industri gergasi Asia Tenggara
MFP, Cathay Kris dan SB
kukuh kerjasama tanpa iri hati
Nordin Ahmad, Maria Menado, Salleh Ghani

yang terulung P. Ramlee
Lampong Karam dan Dajal Suci
sekadar yang terakam dalam memori

Tragisnya citra Kassim Selamat
bukan sekadar tersurat
penuh agenda tersirat
keletah Labu dan Labi
kenakalan Do Re Mi
bukan sekadar hilai dan tawa
mengajak kita membuka minda

Kini wajahmu usang dalam duka
dalam era teknologi maya
semua mengetik butang dalam riba
hadirmu dalam sebak
hamparan layarmu telah rabak
sebelum disodok binasa
kuabadikan jasadmu dalam lensa
buat tatapan sepanjang masa

Ilham:
Muhamad Amin bin Bacho
Pekarangan Panggung Cathay, Kuching

18 Disember 2012

No comments:

Post a Comment