Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, December 7, 2012

EPILOG KAMI BUAT TUAN

EPILOG KAMI BUAT TUAN

Tuan nan perkasa
kami mendengar khabar berita
dari puncak Putra di sana
meresap ke seluruh mandala

Bahawa kami yang kais pagi
akan dapat rezeki
amat kami syukuri
ringanlah beban kami
enaknya sebuku roti
mengganti rebus ubi

Anak-anak kami juga
akan diberi sama rata
kami terima seadanya
ringanlah beban tahun baru
akan kami beli buku
baju dan kasut baru

Tuan budiman
habuan yang diberikan
semakin ringanlah beban
hanya pujian dan sanjungan
semoga mendapat keberkatan

Ilham: Muhamad Amin
SMK Serian
6 Disember 2012

No comments:

Post a Comment