Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, December 4, 2012

CERITERA SEORANG LELAKI TUA

CERITERA SEORANG LELAKI TUA
Dia seorang lelaki
bersama seorang gadis sunti
bertemankan sebatang tongkat usia
cerminan senja mendakap hiba
bersantai dia barangkali
kedamaian dicari

Kurenung seketika
amat kukenal rupa parasnya
namanya terpahat di persada negara
duta berwibawa di arena antarabangsa
mentor berkesan Jabatan Penyiaran
mesra wajahnya diwarnai kepuasan
lantaran langsai semuai tugasan
di celah warga marhaen kini
kelibatnya tanpa dipeduli

Kuhampiri dia
tangan kuhulur ceria
madah bersambut ramah
dengan suara serak-serak basah
pesanan kepada orang di luar sana
"turunlah apabila usia kita sudah tua,
beri peluang kepada mereka yang muda
berundurlah semasa kita masih disayangi
jangan berundur semasa semua orang sudah benci
cukup-cukuplah, rekod usah dicipta"
nasihat bernas idola berjasa
untuk semua warga setia

Ilham dan adaptasi berdasarkan:
Rencana dalam "Majalah Mastika" April 2008
Muhdamin, SMK Serian
23 Mac 2008

No comments:

Post a Comment