Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, December 2, 2012

CERITERA RIMBA

CERITERA RIMBA

Majlis unggas meriah kicauan
memecah kesunyian pagi yang hening
dengan ragam dan cerita pelbagai arena
berkumpul dari seluruh ceruk rimba, kota dan desa
pelbagai bahasa mencuit rasa, campur aduk bahasa majmuk
sekejap barat sekejap timur bahasa ditutur ‘yes, no, alright’ bercampur
merak mengigal ekor kembang menarik perhatian dengan warna mempersona
kakaktua bermata galak sanggul bersimpul menyerlahkan jambul
helang kepak mengembang, mata tajam mengintai peluang
tiong termenung di anjung dengan bahasa murung
nuri murai kecoh sibuk menyampuk seronok
masing-masing berdrama di taman bunga
wajah cerita tetapi duka

Di luar sangkar berlegar
kucing musang mengintai santai
kuda tangkas mengeluh dalam cemas
buaya ceria bersiap siaga untuk melibas mangsa
menanti singa terlena taringnya tajam sudah tidak seberapa
belang di sisi memerhati dalam diam akan aksi pintar kancil mengatur strategi
dikri singa sekadar seloka jenaka, tepuk gemuruh suka belum tentu setia
lembu diam membisu kehabisan susu diperah bertahun lalu
gajah tidak sedikit gelisah asal ada pucuk muda diratah
kambing tersenyum pening menjeling menggeleng
rusa gelisah entah bila dilapah dan diratah

Di seberang
belatuk terus bertukang
memahat ruang di tanah lapang
penghuni rimba bermesyuarah di pinggir lembah
menyusun strategi dan langkah siasah warga teraniaya
mengumpul kudrat berpakat memerah keringat
dicanang akan gunung yang goyang
keliling rimba berkembang
dedahan reput dibuang

YHI
Segamat Johor
02122012

No comments:

Post a Comment