Renungan Pagi.
Assalamualaikum.
Senyum...,
'...senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum tak perlu bayar apa-apa.
Senyum tak dipinta ganjarannya. Tapi senyum!...senyuman diminta balasan
senyumannya'
Senyumlah kepada semua, ibubapa, anak-anak,
kawan-rakan, majikan(bos), pemandu bas sekolah, pemandu bas kilang,
pemandu teksi, cikgu-cikgu dan para guru. Juga senyumlah kepada semua
manusia yang berselisih bahu dengan kita
walau kita tidak pernah bertegur sapa dan tidak mengenali mereka.
Biarlah apa tanggapan mereka katakan...janji di hati kita ikhlas dalam
memberikan senyuman. Cuma jangan terlebih senyum sudahlah nanti
dikatakan pula kita mahu mengurat mereka.
Senyumlah bila hanya
berdua bertugas di dalam sesebuah pasukan...kerana dengan senyuman hati
yang gundah, bernanah akan mimpi yang tak sudah di lena kita di cadar
yang basah akan menjadi penawar yang indah. Jangan menunjukkan muka yang
masam kerana bila kita bermasam muka secara terusnya akan membuat orang
yang memandang kita akan turut bermasam muka; PARAH. Tak elok jadinya
bila hanya berdua di dalam sesebuah pasukan...kerja akan menjadi payah.
Senyumlah kerana dengan senyuman yang indah akan mengukuhkan siratan ukhuwah.
'Senyumlah-senyumlah ahai cek mek molek, senyumlah-senyumlah ahai cek mek molek'
Renungkanlah.
Sazalee Sulaiman ... 08/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment