Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, October 14, 2013

PANTUN LUCU BEBAS

PANTUN LUCU BEBAS

Burung bayan memakai emas,
keliling kampung terbang berhibur;
kesian haruan mati lemas,
kerana hidung tersumbat lumpur.

Bunga kekwa digiling-giling,
digoreng garing hingga ke petang;
emak ketawa berguling-guling,
ikan ayah goreng jadi arang.

Hutan sunyi binatang dah lena,
landak bermain pun rasa bosan;
opah menyanyi lagu Yuna,
lagu Anuar Zain aki dendangkan.

Ayam tersedak memakan gula,
itik menyerbu bawakan ubat;
kambing gelak bagai nak gila,
melihat lembu berkain pelekat.

Terbau harum duduk di tangga,
harum serupa si bunga tulip;
ramai yang senyum punyalah bangga,
rupanya lupa nak tarik zip.

Qalam Bertinta
Klang
07102013
1305pm

No comments:

Post a Comment