Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, October 15, 2013

BALANG II

BALANG II

Balang ini pernah jatuh
pecah berderai.
Aku kutip semuanya
tiada apa yang tertinggal.
Aku tampal kembali
dengan tampalan waja.
Maka menjadi utuh
biar tak semolek dahulu.
Kerna ...
Kerna aku bawa balang itu
dengan peluk eratku.
Kerna aku tatang balang itu
bagai menatang minyak yang penuh.
Namun
Hari ini kau rampas balang itu
lalu kau campakkan jauh-jauh.

Tidakkah kau sedar?
Balang itu adalah hatiku.

.
Angah Arie
Seremban 081013 23:50

No comments:

Post a Comment