Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, July 15, 2013

Tutupi

Tutupi

tutupi mata
biar nafsu jadi buta
kerana mata yang terbuka
merangsang nafsu menjadi gila
membawa ke lembah hina lagi sengsara...

tutupi mulut
biar bicara tidak melalut
kerana kata orang santan binasa kerana pulut
bicara yang patut
sebelum dicarut...

tutupi telinga
biar amarah tidak menyinga
hindari hujan kata sang penghina
yang akan membakar damai jiwa
kelak bercambahan sengketa...

CNM, 13/7/13, THMK.

No comments:

Post a Comment