Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, July 15, 2013

CAHAYA RAMADAN

CAHAYA RAMADAN

Tawarannya istimewa
aneka ragam dan warna
setahun sekali munculnya
sering dinanti kelibatnya
setiap insan yang bertaqwa
bukan sekadar menahan lapar dahaga

Menghayati Ramadan
penuh fadhilat
penuh berkat
penuh ibadat
penuh munajat
penuh solat
penuh hikmat

Menyemarak Ihya Ramadan
mengimarah surau dan masjid
tasbih, tilawah dan tahmid
bertadarus menghayati kalimah Allah
solat tarawih berjemaah
qiyamulail tahajud dan sujud sajadah
bersahur pada subuh yang hening
iftaar pada senja yang bening
bersedekah jariah
tunai zakat fitrah
rezeki dikongsi bersama
fakir miskin turut merasa nikmatnya

Bersama hindari
berduaan yang bukan mahramnya
dentuman durjana
mencaci mengumpat
hembusan asap likat
membuta memanjang
berjamu di kala siang
hasad dengki
cemburu dan iri hati
berbelanja berlebihan
tanda pembaziran

Harapan bersama
mendapat restu dari-Nya
pahala berlipatganda
Malam Lailatul Qadar yang dijanjikan
lebih baik daripada seribu bulan
lipatgandakan amalan
menikmati lebaran
penuh keberkatan
tanda kemenangan

Pekarangan Masjid Jamek Serian
12 Julai 2013

No comments:

Post a Comment