Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, July 7, 2013

KUASA GILA

KUASA GILA

Wajah sebenar syaitan manusia
mendabik dada pejuang hak
pendukung demokrasi kebebasan bersuara
tangan yang bernoda

Mahumu tunduk telunjuk
kuasa ditakluk
pantang lantang kaucincang
kaugelar pengganas
kauramas kaubenteras
segala tunas

Islam musuhmu
keadilan jagat kaugerun
pesaing kauguling
takutmu pengaruh jatuh

kaucanang temberang merata
kautentang kauserang kauganyang
sekutumu ditimang
Iraq Iran Aghanistan Syria digempur
Tebing Barat hancur

Wajahmu di mana-mana
semai racun tanam tuba
kuasa gila.

yahyaisa
Segamat Johor
07072013

No comments:

Post a Comment