Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, July 7, 2013

JELAPANG

JELAPANG

Ini tinggalan leluhur
kiasnya luhur
madahnya jujur
benih ditabur
tumbuhnya subur

Hutan belantara
rimba penuh paya
lalu diteroka
dengn seluruh tenaga
berkat gigih usaha
menarah dan merata
terang dan nyata

Lalu jadi jelapang
asalnya tanah lapang
saujana mata memandang
lalu menjadi bendang

Pandangan hening
padi menguning
lumayan hasilnya
murah rezekinya
kantung penuh berkat
bermusim penuh nikmat

Rundingan angkuh
dalam suasana riuh
MoU selesai dilakri
tanpa sebarang kompromi
anjing menyalak bukit
meraung kaki tersepit

Konon kekayaan harus dinikmati
penjana ekonomi peribumi
tapi kembung kocek peribadi
berdendanglah tali kecapi
perut kenyang suka hati

Bawa sepanduk kesah
manifestasi yang resah
biar tindakan penuh berhemah
darah jangan tumpah
bimbang bumi jadi rekah
bak menarik rambut kusut
biar terurai yang serabut
tenanglah yang kalut

SMK Serian
7 Julai 2013

No comments:

Post a Comment